Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
Assalamualaikum wrt. wbt.
Nak kurus sebelum Raya? Ramai yang nak kurus untuk kelihatan lebih cantik di Hari Lebaran nanti. Boleh lah muat berkebaya dan tampil lebih yakin di hadapan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Misi nak kurus sebelum raya, kenalah amalkan Set Kurus Shaklee.
Ini kerana ramai yang telah mencapai misi Kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee atau lebih dikenali sebagai Set Hello New You.
Pasakkan Niat yang betul
Perkara penting yang utama, tetapkan niat nak kurus supaya lebih sihat dan untuk menjalankan tanggungjawab menjaga amanah tubuh badan kita.
Ada seorang sahabat saya, memang nak kurus. Namun misi nak kurus bukanlah semata- mata nak cantik, tapi disebabkan sakit lutut yang beliau alami. Doktor menasihatkan dia untuk mengurangkan berat badan supaya menampung berat badan dan kurangkan sakit lututnya.
Tepuk dada, tanya selera.
Pabila niat kita betul, inshaa Allah pastinya lebih mudah untuk kita berjaya mencapai misi Kurus sebelum raya ni.
Syarat Nak Kurus?
Nak kurus bukanlah semata- mata bergantung pada pemakanan. Bukanlah juga bergantung semata- mata dengan pengamalan diet sihat. Ianya mesti lah gabungan kesemuanya. Patuhi syarat nak kurus supaya berat badan kita tidak kembali ke bentuk asal. Dengan harapan supaya ianya kekal dalam berat badan yang ideal.
Diantara syarat nak kurus sebelum raya;
1. Elakkan minuman manis. Banyakkan minum air kosong.
2. Elakkan makanan berlemak dan berminyak. Banyakkan makan makanan secara kukus, gril dan panggang. Contohnya Sup ayam, sayur bening dan ayam atau ikan bakar.
3. Jalankan aktiviti fizikal setiap hari selama 20 minit. Contohnya naik turun tangga, brisk walk atau capai 10,000 langkah sehari.
4. Boleh bermula dengan Intermittent Fasting terlebih dahulu dimana berpuasa tanpa makan sahaja selama 16jam, namun boleh minum di sepanjang tempoh berpuasa tersebut.
Pengalaman Nak Kurus
Ramai dikalangan kita pernah mencuba pelbagai cara nak kurus. Termasuklah diet yang tidak sihat, lembik dan tidak bermaya sepanjang berdiet. Makan pil kurus yang akhirnya duduk termenung dalam toilet berjam- jam sampai tak larat nak jalan dah. Sudahnya, berakhir di dalam wad. Ini semua adalah misi Kurus yang tidak sihat.
Bagaimana nak kurus dengan sihat?
Penurunan berat badan yang sihat amatlah penting untuk memenuhi segala keperluan nutrisi dalam badan kita walaupun kita makan secara kurang dan sedikit. Nak kurus sebelum Raya, kenalah amalkan Set Kurus Shaklee.
Nak kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee, pastinya kalian akan rasa lebih bertenaga, tidak lembik, tahan lapar yang berpanjangan. Hasilnya, otot tidak menggeleber dan badan kelihatan cantik dan tegap.
Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee atau Set Hello New You?
Dalam Set Hello New You, ada 4 item iaitu;
1. Cinch Chocolate
Cinch minuman berprotein tinggi, berasaskan soya nonGMO. Tinggi serat iaitu 6gram setiap hidangan. Kaya dengan leusina yang bantu untuk menghasilkan otot sihat dan tidak menggeleber selepas berjaya kurus. Cinch bantu untuk inch loss dengan lebih cepat, lebih bertenaga dan kenyang secara berpanjangan. Amalkan Cinch, memang tidak cepat lapar.
2. OmegaGuard
OmegaGuard minyak ikan lengkap dengan Omega3 dan Omega 6, DHA dan EPA. OmegaGuard bantu untuk menstabilkan hormon leptin sekaligus dapat mengawal nafsu makan. Kalau ada masalah asyik lapar dan nak makan ja, kena cuba OmegaGuard.
3. Lecithin
Lecithin paling best, bertindak sebagai pengemulsi lemak semulajadi. Bantu menguraikan lemak menjadi asetilkolina untuk tenaga dan disingkirkan secara sihat dari tubuh badan.
4. Herblax
Herblax diekstrak dari daun Senna yang digunakan secara tradisional untuk detoksifikasi usus. Amalkan Herblax, pembuangan dan pencernaan akan lebih lancar, badan akan rasa lebih ringan. Aktif untuk bergerak.
Jom kita tengok testimoni sahabat yang berjaya kurus sebelum raya denagn Set Kurus Shaklee iaitu Set Hello New You.
Dah nampak kesan perubahan positif dengan Set Kurus Shaklee kan. Serius boleh mencapai misi kalian yang nak kurus sebelum raya, pastinya dengan amalkan Set Kurus Shaklee.
Untuk sebarang pertanyaan, konsultasi atau nak Set Hello New You ni, boleh hubungi di talian 013-634 1955 ya. Bulan ni ada promo best dengan FREE Shaker hijau dari Shaklee. Cepat contact ya uols.
Jom kurus secara sihat bersama dan jalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mulia dengan Set Puasa Shaklee di entri post sebelum ni. Klik di SINI untuk SET PUASA SHAKLEE untuk lebih bertenaga dan lebih aktif sepanjang berpuasa.
Inshaa Allah.
Semoga bermanfaat
Salam sayang,
Mas@Lya Abdul
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleeshahalam
Comments
Post a Comment