Pengalaman Ramadhan Dengan Set Ramadhan Shaklee
Assalamualaikum wrb wbt
Menjelang 15 hari ke Ramadhan 2023 ini, semestinya ramai di antara kita yang telah membuat persiapan rapi bukan? Ada yang sudah membuat perancangan menu sahur dan berbuka. Untuk ibu, pastinya tetap setia dengan Set Ramadhan Shaklee untuk tahun ini. Sama seperti tahun- tahun sebelumnya.
Set Ramadhan Shaklee memang banyak membantu dalam menjalani ibadah berpuasa sejak tahun 2013 lagi. Setiap fasa dilalui sebagai ibu bekerjaya, ibu bekerja sambil belajar sehinggalah menjadi suribisnes sepenuh masa.
Di setiap fasa ini juga, ibu lalui pengalaman semasa hamil, berpantang dan seterusnya penyusuan penuh buat 5 orang anak- anak ibu. Tetap mengamalkan Set Ramadhan Shaklee bukan sahaja buat diri sendiri, malah turut berkongsi dengan suami dan anak- anak.
Secara umumnya, Set Ramadhan Shaklee semudah 1-2-3.
1. Energizing soy Protein (ESP)
Langkah pertama, produk pertama iaitu Energizing Soy Protein (ESP). ESP merupakan protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dan rendah Glisemik Indeks, berfungsi untuk membekalkan tenaga berpanjangan.
ESP dalam Set Ramadhan Shaklee kaya dengan kalsium dan ditambah dengan Vitamin B, memang sangat sesuai untuk ibu hamil dan menyusukan anak yang ingin berpuasa.
ESP ni juga lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang penting untuk kesihatan badan, kecantikan kulit, pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.
Alhamdulillah sepanjang mengamalkan ESP sebagai produk wajib dalam Set Ramadhan Shaklee, sepanjang berpuasa, susu tetap maintain dan tidak drop, susu terhasil tetap pekat dan tidak cair, nampak lapisan hindmilk lebih banyak berbanding foremilk. Bayi lebih cepat kenyang. Ibu tetap bertenaga, tidaklah melepek lembik seharian. Alhamdulillah dengan Set Ramadhan Shaklee, syukur masih boleh menguruskan hal rumahtangga dan tetap ada tenaga untuk masak berbuka.
2. Cinch Shake Mix
Untuk langkah kedua dalam Set Ramadhan Shaklee, produk Cinch yang kaya dengan protein dan serat tambahan. Ianya akan membuatkan kalian kenyang lebih lama dan mengekalkan kesihatan pencernaan yang baik.
Khasiat Cinch Shake |
Cinch ada 3 perisa yang sangat sedap iaitu vanila, coklat dan cafe latte. Cinch juga lengkap dengan 20 jenis nutrien yang akan membantu merapatkan jurang nutrisi semasa berpuasa.
Paling best, Cinch ditambah dengan Leusina yang boleh membantu mengekalkan jisim otot dan membantu kita untuk mencapai berat badan yang ideal. Dalam erti kata lain, Cinch dalam Set Ramadan Shaklee ini boleh membantu untuk 'inch loss' dan membantu kalian untuk kurangkan berat badan yang berlebihan.
3. Performance Drink
Langkah ketiga, produk ketiga dalam Set Ramadhan Shaklee ialah Performance Drink. Performance Drink ni adalah minuman kegemaran kami seisi keluarga. Wajib top up satu canister setiap minggu. Performance Drink adalah minuman tenaga yang lengkap dengan gabungan proprietari Opti-Lyte dimana lengkap dengan elektrolit untuk elak dehidrasi dalam badan. Ianya juga ada campuran karbohidrat untuk menghasilkan tenaga segera dan berpanjangan sepanjang waktu berpuasa.
Pengamalan mengamalkan Performance Drink yang ada dalam Set Ramadhan Shaklee ni, memang sungguh buatkan kita rasa bertenaga dan kurang rasa dahaga di sepanjang berpuasa. Pengalaman anak kedua Mas iaitu Mikail, katanya, sepanjang persekolahan, Alhamdulillah dia tidak rasa mengantuk pun sepanjang berada di kelas. Dapatlah bantu anak- anak lebih fokus dalam pelajaran walaupun tengah berpuasa.
Cara Pengambilan Set Ramadhan Shaklee 1-2-3
Kebiasaannya, Set Ramadhan Shaklee 1-2-3 ini Mas akan bancuh seawal bangun sahur, dan akan minum semasa tengah masak menu di waktu sahur. Selepas makan sahur, Mas akan ambil supplemen tambahan yang lain.
Supplemen Tambahan selain Set Ramadhan Shaklee 1-2-3
Suplemen tambahan selain Set Ramadhan Shaklee 1-2-3, Mas amalkan supplemen Vivix dan CoqTrol untuk tenaga tambahan.
Vivix memang menjadi favourite sebab ianya supplemen antioksida yang tinggi, dapat membantu mengelakkan radikal bebas daripada merosakkan sel badan kita. Selain bersifat sebagai anti penuaan dan dapat membekalkan tenaga berpanjangan di sepanjang hari.
Selain itu, supplemen CoQ-trol ini amat popular untuk membantu kesihatan jantung dan organ kardiovaskular yang lain. Berfungsi sebagai perangsang tenaga tambahan dan baik untuk kesihatan reproduktif lelaki.
Alfalfa Complex untuk masalah angin dalam badan, dan OsteNutrix bagi menghilangkan segala lenguh dan sakit badan sepanjang berpuasa. Alfalfa Complex dan OsteNutrix ini juga berfungsi sebagai Milkbooster atau penggalak susu untuk ibu- ibu yang menyusukan anak.
Tak sabar rasa nak menyambut Ramadhan kali ini.
Jom doa supaya Allah panjangkan umur kita, dan berkahi kita dibulan Syaaban, dan pertemukan kita di bulan Ramadhan tahun ini. Inshaa Allah Aamiin YRA.
Salam sayang,
Lya @ Mas Abdul
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleeshahalam
Best set ramadan ni . Alhamdulillah badan memang akan terasa lebih segar
ReplyDelete