Intermittent Fasting Berkesan Turunkan Berat Badan dengan Lebih Cepat?
Pabila ramai yang bercerita mengenai Intermittent Fasting atau singkatannya IF rasa diri teruja dan ter tanya- tanya jugak, apalah sebenarnya IF ni.
Intermittent Fasting |
Serius, memang terkejut juga dengan perubahan rakan- rakan sekeliling. Ada yang berjaya hilangkan 3kg, 5, 10kg bahkan ada berjaya capai berat badan ideal.
Tabah dan gigih dorang kan? Salute betul. Tumpang gembira melihat kejayaan rakan lain untuk capai nikmat sihat yang sebenar.
Sebenarnya, apa Itu Intermittent Fasting?
Intermittent fasting atau lebih dikenali sebagai IF adalah satu kaedah dimana kita tidak makan atau berpuasa untuk makan dalam tempoh masa tertentu.
Dalam erti kata lain, IF ni fokus pada bila kalian makan. Berbeza dengan diet, ianya fokus pada apa yang kalian makan.
Dalam kajian seorang neurosaintis, Mark Mattson telah mempelajari IF selama 25tahun. Menurut beliau, badan kita boleh beradaptasi dengan tidak makan selama beberapa jam atau hari malah lebih lagi.
Ini kerana pada zaman dahulu, manusia perlu pergi berburu atau menuntut hasil hutan selama beberapa jam sehingga beberapa hari untuk mendapatkan sumber makanan mereka.
Bagaimana IF dipraktikkan?
Amalan berpuasa tanpa makan selama 16jam, 8 jam lagi di boleh kan untuk makan. Masa untuk IF terpulang kepada kita.
Selama menjalani IF, tidak dibenarkan sama sekali untuk makan. Hanya minum air kosong atau minuman yang mempunyai zero calorie. Boleh ambil teh atau kopi tanpa gula.
Contohnya amalan IF, berpuasa mula jam 8malam dan makan esok pada jam 1petang.
Apa manfaat IF?
1. Menurunkan berat badan
2. Menurunkan risiko penyakit diabetes
3. Menjaga kesihatan jantung
4. Menstabilkan tekanan darah dan tahap kolesterol
5. Elak penyakit kanser.
Namun, perlu di ingat, ada juga golongan yang tidak sesuai untuk menjalankan IF ni tau.
Contohnya pesakit diabetes mellitus, ibu mengandung dan menyusu, pesakit yang ada masalah pemakanan contohnya bulimia, aneroxia.
Remaja dan kanak- kanak di bawah usia 12 tahun juga tidak digalakkan untuk mencuba IF.
Jika kalian tidak tergolong dalam golongan di atas, inshaa Allah boleh la mulakan IF sekarang.
Apapun, kalian yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya rujuk lah dulu dengan doktor yang merawat dan yang bertauliah.
Risau pulak nanti, takut terjadi apa- apa yang tidak diingini.
Wallahu'alam
Semoga bermanfaat.
Salam sayang,
Lya Abdul
Nak tanya, kalau orang kurus elok tak buat IF? sebab biasa orang berbadan berisi saje yang terfikir untuk berdiet kan.
ReplyDeleteInshaa Allah boleh jer. Boleh dapat manfaat IF yang lain selain dari turunkan berat badan kan. Mesti akan rasa lebih aktif, sihat dan bertenaga dari sebelumnya.
Delete