Posts

Showing posts from July, 2023

Petua Hilangkan Jeragat

Image
 Salam sayang semuanya  Jeragat? Ada yang punya masalah jeragat tak?  Ini memang merupakan masalah Mas dari dulu lagi. Ianya bertambah teruk selepas beberapa siri selepas bersalin.  Rasa macam beranak pinak meriah. Huhu. Geram rasanya.  Namun, Alhamdulillah mas tetap bersyukur kerana dapat kurangkan dan pudarkan jeragat dengan Set Penjagaan Youth dari Shaklee. Selain kena makan beberapa supplemen untuk membantu mengurangkan jeragat ni.  Selain itu ada beberapa petua yang Mas amalkan sampai sekarang.  Pertama, masker putih telur dan lemon. Masker ni Mas akan buat setiap 3-4 kali seminggu pada waktu pagi. Guna berulang kali selama seminggu. Seminggu sekali akan tukar masker yang baru iaitu campuran putih telur dan lemon yang baru. Inshaa Allah lemon akan bantu mengurangkan jeragat, putih telur akan buatkan wajah kita lebih glowing dan halus.  Kedua, jangan sekali- kali tinggalkan sunblocks. Setiap kali lepas basuh muka dengan pencuci Youth, mas akan apply toner dan moisturizer SPF50 Yout

Amalan Gaya Hidup Sihat

Image
 Assalamualaikum wrt wbt Salam Sayang semua. Di harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.  Pabila ditanya mengenai amalan gaya hidup sihat , amalan ini memang banyk sebenarnya. Namun, terpulang kepada kita untuk memilih dan kekal dengan sedikit amalan, supaya tidaklah kita meninggalkan semuanya sekali gus.  Kerna sesungguhnya NIKMAT paling berharga adalah kesihatan. Kenalah kita jaga sebaiknya kan.  Memang sangat rasa tak best kalau tak sihat ni. Susah nak urus diri malah keluarga juga.  Oleh yang demikian, Mas memang memegang beberapa amalan supaya lebih ber disiplin dengan yang 5 ini.  Pertama, pastikan diri kekal aktif. Tetap menjalankan aktiviti fizikal walaupun berada di rumah seperti mengemas rumah, vakum, mop lantai. Mas juga suka berkebun, cabut rumput, bersihkan laman, longkang segalanya. Memang berpeluh lah setiap pagi. Di hujung minggu, akan luangkan masa ke taman untuk penuhi 10,000 langkah sepertimana saranan KKM.  Kedua, kena pastikan makan ikut portion dan masa