Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
Assalamualaikum wrt. wbt. Nak kurus sebelum Raya? Ramai yang nak kurus untuk kelihatan lebih cantik di Hari Lebaran nanti. Boleh lah muat berkebaya dan tampil lebih yakin di hadapan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Misi nak kurus sebelum raya, kenalah amalkan Set Kurus Shaklee. Ini kerana ramai yang telah mencapai misi Kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee atau lebih dikenali sebagai Set Hello New You. Pasakkan Niat yang betul Perkara penting yang utama, tetapkan niat nak kurus supaya lebih sihat dan untuk menjalankan tanggungjawab menjaga amanah tubuh badan kita. Ada seorang sahabat saya, memang nak kurus. Namun misi nak kurus bukanlah semata- mata nak cantik, tapi disebabkan sakit lutut yang beliau alami. Doktor menasihatkan dia untuk mengurangkan berat badan supaya menampung berat badan dan kurangkan sakit lututnya. Tepuk dada, tanya selera. Pabila niat kita betul, inshaa Allah pastinya lebih mudah untuk kita berjaya mencapai misi Kurus sebelum raya ni.