Amalan Gaya Hidup Sihat

 Assalamualaikum wrt wbt

Salam Sayang semua. Di harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 



Pabila ditanya mengenai amalan gaya hidup sihat, amalan ini memang banyk sebenarnya. Namun, terpulang kepada kita untuk memilih dan kekal dengan sedikit amalan, supaya tidaklah kita meninggalkan semuanya sekali gus. 

Kerna sesungguhnya NIKMAT paling berharga adalah kesihatan. Kenalah kita jaga sebaiknya kan. 

Memang sangat rasa tak best kalau tak sihat ni. Susah nak urus diri malah keluarga juga. 

Oleh yang demikian, Mas memang memegang beberapa amalan supaya lebih ber disiplin dengan yang 5 ini. 

Pertama, pastikan diri kekal aktif. Tetap menjalankan aktiviti fizikal walaupun berada di rumah seperti mengemas rumah, vakum, mop lantai. Mas juga suka berkebun, cabut rumput, bersihkan laman, longkang segalanya. Memang berpeluh lah setiap pagi. Di hujung minggu, akan luangkan masa ke taman untuk penuhi 10,000 langkah sepertimana saranan KKM. 


Kedua, kena pastikan makan ikut portion dan masa yang tepat. Makan ikut portion, akan lebihkan lauk protein dari nasi. Sebab protein akan berikan kita tenaga berpanjangan berbanding karbohidrat. Selain itu, makan kena ikut masa yang tepat supaya tidak mengambil makanan yang berlebihan. Cara masakan juga penting, Mas suka sayur dimasak bening sahaja berbanding lemak. 

Ketiga, supplemen sangatlah wajib untuk Mas. Supplemen ni sangat membantu Mas untuk lebih bertenaga luar dan dalam untuk menguruskan 5 orang anak dan suami. Agak mencabar kerna kita kena multitasking, cekap dan jangan terlalu stress. Kena jaga emosi, vitamin B Kompleks sangat membantu dalam kestabilan emosi mak- mak ni. Biasalah, asyik mak kau hijau je kan .. hehe. Supplemen wajib semestinya dari Shaklee iaitu Vivix, Vit C, ESP, B Kompleks dan OsteNutrix untuk kekuatan tulang. 

Keempat, Mas memang seorang yang jarang minum minuman manis. Senantiasa lebihkan minum air kosong suam. Mas akan pastikan pengambilan 2liter air dan lebih sehari untuk elak dehidrasi. Almaklumlah cuaca sangat panas sekarang kan. 

Kelima, jaga hubungan rohani denganNya. Jaga hubungan dengan suami dan anak- anak. Inshaa Allah jika kita jaga hubungan dengan Allah SWT, kita akan rasa lebih tenang. Senantiasa pastikan solat di awal waktu, baca Quran sekurang- kurangnya 1 muka surat setiap hari. Zikir dan istighfar jangan tinggal. Mudahan Allah pelihara dan berkahi usia dan rezeki kita. 

Aamiin YRA 

Jom amalkan gaya hidup sihat. Tak dapat semua, konsisten lah dengan 2 atau 3 perkara. Jangan tinggal semua tau 😁


Nak dapatkan supplemen yang sesuai, hubungi je Mas. 013.634.1955. Mas sedia membantu, Inshaa Allah. 

#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleeshahalam


Comments

Popular posts from this blog

Set Kurus Shaklee : Antara Realiti atau Fantasi?

Motivasi buat Diriku dan Dirimu

Pengalaman Menyusu 5 Anak Selama 11 Tahun