Tips Bertandang Ke Hari Raya Open House

 Assalamualaikum wrb wbt

Meriahnya sambutan Hari Raya tahun ni. Maklumlah anak- anak sekolah dapat cuti panjang, ibu ayah pun ambil lah kesempatan untuk bersama meraikan raya bersama keluarga tersayang, saudara mara dan sahabat handai yang sudah lama tidak ketemu. 



Masih ada jemputan Hari Raya Open House? Boleh dikatakan setiap minggu sepanjang Syawal, ada sahaja jemputan Open House di sana sini. Semoga barakah dan murah rezeki tuan rumah. 

Untuk ibu yang punya anak ramai macam Mas, memang banyak tips yang diamalkan sebelum ke jemputan Hari Raya Open House ni. 

#Tips Pertama : Amalkan Alfalfa Complex Untuk Elak Perut Meragam

Pertama sekali, Mas sangat jaga berkenaan dengan perut. Almaklumlah, nak makan banyak, kena lah juga berpada- pada kan? Untuk elakkan perut meragam, Mas amalkan Alfalfa Complex Shaklee. 



Alfalfa ni sejenis Raja segala tumbuhan tau, banyak kandungan mineral dan punya serat yang tinggi. Memang mudah untuk lawas. Makanya, kalau dah banyak makan tu, memang senang la nak membuang. Segala toksin pun keluar, badan akan rasa sedap sangat, tak berangin perut dan ringan ja rasa. 

Kebiasaanya, sebelum ke open house, Mas amalkan 3 hingga 5 biji Alfalfa selepas sarapan. Alhamdulillah, raya baru- baru ini, takda lah drama sakit perut berhari- hari. 

# Tips Kedua : Amalkan ESP Bantu Elak Makan Berlebihan

Selain itu, Mas amalkan juga minum ESP sebelum ke open house. Ini untuk mengelakkan nafsu makan yang melampau. ESP ni sejenis minuman protein yang akan buatkan kita rasa kenyang dan elak 'sugar craving'. 



Tips makan di open house, kenalah dalam amaun yang sesuai untuk perut kita kan. Tak nak la makan secara berlebihan. Lagi satu, untuk elakkan bacaan kolesterol meningkat, amatlah sesuai minum ESP sebelum ke hari raya open house. Menurut kajian, amalan ESP boleh bantu untuk menurunkan paras kolesterol dengan pengambilan 25 gram protein soya sehari. 

# Tips Ketiga : Bawa Air Masak Sendiri

Tips lain, Mas akan sentiasa pastikan membawa bekalan air masak ke hari raya Open House. Walaupun tuan rumah selalunya sediakan air masak. Namun, Mas tetap akan usung botol air ke sana sini. 

Syukur juga sebab anak ketiga, Muhammad memang jenis yang minum air masak sahaja. Dia tidak minum sebarang air manis. Sebagai bekalan buat Muhammad dan anak- anak yang lain. Sekurang- kurangnya, dapatlah kurangkan minum air manis di sepanjang beraya. 

Pengambilan air masak mencukupi bantu untuk elakkan sakit tekak dan juga dehidrasi badan. Maklumlah, sekarang cuaca agak panas dan kena ambil langkah berjaga- jaga terhadap kesan strok haba. Pastikan diri sendiri, suami dan anak- anak minum air yang secukupnya. 

#Tips Empat: Senantiasa Ingatkan Anak- anak Supaya Jaga Akhlak

Ini pula tips tambahan. Almaklumlah anak lima orang, memang sukar untuk dikawal. Kebiasaannya, Mas dan suami akan pesan awal- awal, dalam kereta untuk mereka senantiasa jaga perangai, apa yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa pergi beraya, tak boleh minta duit raya kalau tuan rumah tak bagi. Tak boleh buka sampul raya depan orang yang memberi. Dan list goes on. 

Namun, budak- budak, memang fitrah asyik nak bermain saja. Inilah masanya ibu ayah bertindak untuk tidak berlama- lama dalam satu Open House. Memang kena limit kan masa beraya. Sebagai menghormati tuan rumah dan juga tetamu yang lain. Tapi sebenarnya, tak nak anak- anak merasa bosan dan melasak lagi ganas. Hehe. 

Alhamdulillah, dah dapat 3 + 1 Tips di atas kan?

 Jom kita cuba praktikkan bersama. 

Kalau nak dapatkan supplemen Shaklee dan konsultasi percuma, Inshaa Allah hubungi saja Mas di talian 013.634.1955. 

Mas sedia membantu. Salam Lebaran semua. Jaga diri dan keluarga ya. 

Ingat, Sihat itu NIKMAT 😍

Salam sayang. 

#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleeshahalam


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menyusu 5 Anak Selama 11 Tahun

Set Kurus Shaklee : Antara Realiti atau Fantasi?

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Ramadhan Shaklee