7 Tips Kurus Dengan Cepat

 Assalamualaikum wbt wb

Badan yang ramping kurus sememangnya menjadi dambaan semua. Kenapa nak kurus dengan cepat? Tepuk dada, tanya selera. 

Nak kurus supaya terlihat lebih cantik, lebih yakin dan lebih sihat di mata sendiri dan orang sekeliling. 

Namun, yang penting adalah tubuh badan yang sihat, bertenaga dan mampu menjalani ibadah dengan tenang inilah nikmat sebenar- benarnya. Setuju? 

Jom perbetulkan niat. Sambil kita lihat 7 tips nak kurus dengan cepat secara semulajadi. 


1. Tetapkan matlamat spesifik dalam jangka masa yang tertentu. Matlamat ini kenalah releven dan rasional buat kita. Contohnya, nak hilangkan 5kg dalam masa 2 bulan. Purata normal untuk turunkan berat badan ialah 0.5kg seminggu. Sangat releven lah kalau nak hilangkan 2kg dalam masa sebulan. 

Jadi, tetapkan matlamat yang spesifik dengan kadar masa yang tepat. 

2. Kurangkan makanan karbohidrat, lebihkan protein 

Karbohidrat sebenarnya mengundang banyak masalah pabila ianya ditukar kepada gula dan disimpan sebagai lemak yang terkumpul di dalam badan. Saranan, lebihkan protein contohnya ayam, daging dan ikan. 

Pengambilan protein akan membuatkan kalian kenyang lebih lama selain membekalkan tenaga yang berpanjangan berbanding karbohidrat. 

Perlu di ingat, cara masakan juga mempengaruhi. Elakkan makanan bergoreng dan berminyak. Boleh guna teknik kukus, gril atau panggang. Ini lebih sihat. 

3. Makan makanan sebenar, bukan makanan yang diproses. 

Makanan proses sebenarnya mempunyai pengawet, bahan perisa dan pewarna tiruan yang boleh menaikkan lagi nilai kalori seharian. Elakkan makanan diproses seperti sosej, nuget, burger dan banyak lagi. Ianya tidak sihat dan tinggi kalori. 

Pilih sayur- sayuran dan buah- buahan yang kurang kalori namun masih membuatkan kenyang lebih lama. 

4. Kurangkan pengambilan kalori harian

Di antara perkara yang perlu dipelajari ialah dengan mengambil kira jumlah kalori harian. Kalian boleh sahaja memuat turun aplikasi di telefon pintar untuk mengira nilai kalori setiap hidangan makanan yang di ambil. 

Cuba kurangkan pengambilan sos, mayones dan kicap kerana ianya mempunyai nilai kalori tinggi. Perbanyakkan minum air kosong, elakkan makan snek dan kudapan yang tidak sihat. Lebihkan makan sayur dan buah kerna ia mempunyai serat yang tinggi. 

5. Rajin berpuasa 

Berpuasa merupakan satu proses detoksifikasi yang membolehkan badan kita menyingkirkan bahan- bahan yang toksik dari tubuh badan kita. Selain ianya akan membantu untuk tubuh menyingkirkan lemak yang tersimpan setelah sekian lama. 

Boleh cuba teknik Intermittent Fasting atau IF dimana tubuh berpuasa dari makan selama 16 jam. Namun, dibolehkan untuk mengambil air tanpa kalori seperti air masak, kopi atau teh tanpa gula. 

6.  Menjalankan aktiviti fizikal setiap hari selama 20 minit hingga 30 minit.

Aktiviti fizikal tidak semestinya bersenam secara tetap. Aktiviti fizikal adalah aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan seperti menaiki tangga, menaiki pengangkutan awam, berkebun dan banyak lagi. 

Antara amalan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah 10, 000 langkah sehari. 

7. Amalkan supplemen sihat

Nak kurus dengan cepat, wajib amalkan supplemen sihat. Supplemen ini boleh membantu kalian kurus dan hilangkan berat badan tanpa perlu berlapar dalam tempoh masa yang lama, rasa longlai dan lemah sepanjang proses menurunkan berat badan. 

Nak supplemen sihat, pilihlah Set Kurus Shaklee. Set Kurus Shaklee terbukti telah berjaya memenuhi impian penurunan berat badan secara sihat, cepat dan berkesan. 

Set Kurus Shaklee bukan sahaja bantu untuk Kurus dengan cepat malah dapat memenuhi segala kelompongan nutrisi yang badan perlukan untuk lebih sihat dan bertenaga berbanding usia sebenar. 


Nak dapatkan Set Kurus Shaklee, hubungi Mas 013-634 1955 untuk konsultasi dan perkongsian ilmu nutrisi untuk lebih sihat dan tingkatkan keyakinan diri kalian. 

Inshaa Allah, ingat SIHAT itu NIKMAT ❤️

Salam sayang, 

Lya @Mas Abdul 


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleeshahalam

Comments

Popular posts from this blog

Set Kurus Shaklee : Antara Realiti atau Fantasi?

Motivasi buat Diriku dan Dirimu

Pengalaman Menyusu 5 Anak Selama 11 Tahun