9 Sebab Kenapa Komuniti Shaklee Best Sangat?

 Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah 

Mula mengenali bisnes Shaklee sejak tahun 2012. Bermula dengan Set Penyusuan yang diperkenalkan oleh Puan Ainul Malik, rakan sekerja. Terasa besar perubahan setelah mengamalkan set Penyusuan Shaklee ni. Rasa kurang penat, bertenaga di samping susu pun meriah. Alhamdulillah 

Selain dari produknya yang sangat berkesan, salah satu Sebab yang membuatkan bisnes ini terlalu berharga buat diri ini ialah jalinan ukhwah yang sihat. Ukhwah yang sangat harmoni Walaupun tidak pernah bersua di antara satu sama lain. Terasa sangat rapat walaupun hanya bertemu di alam maya.

Kedua, circle ini saling menyokong di antara satu sama lain. Saling memberi semangat dan berkongsi aura untuk komited menggapai impian dan fokus pada Jalan perjuangan masing- masing.

Ketiga, tidak menitikberatkan bisnes semata- mata, namun pendekatan dan pengisian rohani amatlah dititikberatkan. Marketing langit yang diperkenalkan sangat menyentuh hati dan jiwa untuk selalu mencari redhaNya. Walaupun sibuk berbisnes dan menjalankan tanggungjawab yang lain, tetap senantiasa diingatkan untuk kembali KepadaNya di waktu senang mahupun sukar.

Keempat, pengisian ilmu sangat penting. Ada sahaja kelas yang berbayar mahupun percuma, online mahupun offline. Segalanya telah tersedia. Hanya perlu memilih sahaja yang mana satu. Namun, semuanya sangat relevan dan up to date. Ilmu penting untuk membuatkan kita mahir dalam memberi konsultasi kepada pelanggan. 

Kelima, kelas kemahiran pun banyak. Selain ilmu mengenai nutrisi, segala ilmu kemahiran berbisnes contohnya cara menjawab persoalan pelanggan, cara nak close deal dengan lebih berkesan dan banyak lagi. Segalanya ada dalam circle ini. 

Keenam, komuniti Shaklee kami juga sangat bekerjasama di antara satu sama lain. Saling mengingatkan bantu sideline lain juga walaupun berada dalam bidang yang sama. Persaingan yang sihat wujud di antara kami.

Ke tujuh, kami di ajar bahwa setiap manusia punya rezeki masing- masing. Tidak punya hasad dengki di antara pasukan lain. Analoginya, semua orang makan ikan, namun ikan tak pernah habis bukan? Tetap ada untuk setiap seseorang. Percaya akan Dia yang Maha Pemberi rezeki buat para hambaNya yang taat. 

Kelapan, group bisnes ini sangat kukuh kerna wujud lebih dari 20 tahun. Semua leader amat berpengalaman, gembira berkongsi apa pun jua pengalaman dan ilmu mereka. Saya sangat salute dengan perjuangan Master Hjh Salwa dan Master Hj Hussin. Pasangan hebat ini sudah lebih 20tahun berkecimpung dalam bisnes ini. Mereka adalah tanda company Shaklee ini sangat kukuh, tidak pernah terlewat atau terlambat membayar compensation bonus yang dijanjikan kepada setiap pengedarnya. 

Kesembilan, walaupun berbeza tahun, berbeza cabaran. Kami diingatkan supaya tetap berpegang pada tali Allah, letakkan pergantungan sepenuhnya kepadaNya. Keberkatan bukan lah diukur semata- mata dengan naiknya rank dalam bisnes, namun usaha ikhtiar dan doalah sebagai kayu pengukur. Semakin dekat hubungan kita dengan Allah, inshaa Allah segalanya akan dipermudahkan. Tetap fokus dan buat kerja kita sebagai hamba, usah buat kerja Tuhan. 


Inilah kenapa saya tetap setia bersama- sama mereka. 10 tahun waktu yang panjang, Alhamdulillah bersyukur di atas segala pahit manis yang ditempuh bersama. 

Inshaa Allah akan tetap setia sampai hujung nyawa. 

Aamiin 

Jom lihat komen sahabat yang lain kenapa komuniti Shaklee ni sangat best. Klik di SINI 


#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#blogmegashaklee

#pengedarshakleeshahalam


Salam perjuangan,

Lya Abdul 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Set Kurus Shaklee : Antara Realiti atau Fantasi?

Motivasi buat Diriku dan Dirimu

Pengalaman Menyusu 5 Anak Selama 11 Tahun